Apa Untung Simpan Emas?

Author

by ayunniharun

3 years ago

  1. Elak kebocoran simpanan
  2. Kekayaan bertahan ketika gawat
  3. Selamat dari penyusutan kuasa beli

1. Elak kebocoran simpanan

Kerja bertahun-tahun, tetapi tidak ada wang simpanan yang cukup. Bila mula simpan emas dan faham ilmu emas, wang simpanan bertambah di luar jangkaan! Ini testimoni majoriti penyimpan emas. Emas adalah "ubat mujarab" bagi menyelesaikan masalah kebocoran simpanan.

2. Kekayaan bertahan ketika gawat

Semua harta akan tergugat jika tergugatnya ekonomi ataupun politik, KECUALI EMAS. Jika berlaku krisis ekonomi, nilai ringgit (RM) jatuh, berlaku peperangan, bahkan kalau harta dibekukan oleh kerajaan sekalipun, emas masih selamat. Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenan emas itu sendiri tanpa perlu jaminan sesiapa. Orang bangkrup pun boleh simpan emas. Selagi emas ada di tangan kita, tiada siapa boleh mengganggu gugat kekayaan kita.

Lagi artikel di ayunniharun.com Tempat Simpan Emas Terbaik?

3. Selamat dari penyusutan kuasa beli

Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang disebabkan emas mengekalkan KUASA BELI SEPANJANG ZAMAN. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun.

Hadis 1 dinar seekor kambing
  • Zaman Nabi Muhammad s.a.w, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar (berat 4.25 gram, ketulenan 999.9).
  • Hari ini, harga 1 dinar juga masih relevan untuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun.
  • Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya.
  • Emas selamat dari kesan inflasi.
TIP DISIPLINKAN DIRI MENYIMPAN WANG!
  • Asas membina kekayaan ialah menyimpan sebahagian pendapatan secara berdisiplin setiap bulan.
  • Siapa tidak menyimpan, sampai bila-bila pun dia tidak akan kaya.
  • Emas boleh dijadikan salah satu cara berkesan untuk mendisiplinkan diri menyimpan, dan mengelakkan simpanan itu daripada bocor dibelanjakan dengan mudah.
  • Emas bukan sekadar kalis inflasi, tetapi ia juga KALIS BOROS!
Author
Written by ayunniharun

Pemudah cara anda untuk mulakan simpanan emas Public Gold. PG Code PG00347849. Suka berkongsi tips kewangan dan simpanan emas.

YOU MAY ALSO LIKE

Jenama Emas Bereputasi Tinggi Di Malaysia?
Beli Direct Di Office Public Gold Atau Melalui Dealer?
Cara Mudah Beli Emas?
Bajet Paling Minimum Beli Emas?

POPULAR

Jenama Emas Paling Baik?
Beli Emas Ada Income Bulanan?
Cara Buat Untung Dengan Emas?
Simpan Emas Di Ar-Rahnu OK?
Harga Semasa Emas?