ASB, Tabung Haji Atau Emas?
by ayunniharun
3 years ago
- Ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%. Kalau untuk jangka panjang, simpan emas lebih untung.
- Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sejak 20 tahun lalu. Lepas tolak kos spread & zakat, untung sekitar 8% - 10%.
- Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas tolak zakat 2.5%). Ianya semakin menurun dari tahun ke tahun. Belum tolak inflasi 4%.
Lagi artikel di ayunniharun.com Harga Semasa Emas?
TIP SIMPANAN JANGKA PANJANG!
- Untuk jangka panjang (minimum 2 tahun), simpan emas lebih berbaloi berbanding Tabung Haji (TH) atau ASB. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang disebabkan nilai duit kertas sentiasa merosot akibat inflasi dan kejatuhan matawang. Ditambah pula prestasi ASB dan TH kian merosot dari tahun ke tahun.
- Aset yang bagus untuk simpanan jangka panjang ialah ASET FIZIKAL seperti emas (dan perak), hartanah ataupun tanah yang diusahakan.
- Simpanan di TH / ASB hanya sesuai untuk simpanan kecemasan (berjumlah 3 bulan gaji) atau duit yang nak digunakan dalam jangka waktu terdekat sahaja. Selebihnya simpanlah dalam bentuk emas dan hartanah.
Harga emas naik secara purata 11.25%
sejak 2001 (dalam USD). Menurut pakar
kewangan Tuan Azizi Ali, kadar
keuntungan 10% +/- itu dianggap satu
pulangan bagus untuk pelaburan.
Written by ayunniharun
Pemudah cara anda untuk mulakan simpanan emas Public Gold. PG Code PG00347849. Suka berkongsi tips kewangan dan simpanan emas.